Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Idris merakam gambar kenangan bersama penerima Jalur Gemilang. Foto TVS

Generasi muda realisasikan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi

SAMARAHAN, 10 Ogos: Generasi muda memainkan peranan penting dalam merelisasikan hasrat Sarawak bergelar negeri yang berpendapatan tinggi, kata Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Dato Idris Buang.

Menurutnya, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengilhamkan pelbagai inisiatif untuk membangunkan modal insan di wilayah ini bagi tujuan berkenaan.

“Anak-anak kita mesti didik buat sebaik-baiknya, cari pencapaian yang tertinggi dalam apa jua bidang supaya kita dapat menyahut cabaran itu,” katanya.

Idris berkata demikian dalam ucapannya pada pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang Daerah Samarahan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang itu juga mengingatkan golongan muga agar menghargai jasa pemimpin terdahulu yang telah berjuang demi kemerdekaan negara.

“Yang perlu sekarang adalah semangat juang kita. Jangan hanya kita menyanyikan lagu Merdeka, selepas itu kita diam. Tidak!

“Kita harus mensyukuri kehadiran mereka yang berjuang dan memimpin kita supaya kita dapat sampai ke tahap di mana dunia mengenali kita.

Jasa dan pengorbanan pemimpin terdahulu menurut Idris telah membebaskan negara dan Sarawak daripada jajahan Indonesia, Jepun dan British.

“Saya nak ajak kita sama-sama berdoa yang telah pergi meninggalkan kita, sama ada mereka pemimp[in politik atau kerajaan, cikgu-cikgu yang telah menabur bakti (dan) sesiapa sahaja, pegawai-pegawai keselamatan, anggota keselamatan baik didalam negeri atau diperbatasan pada masa itu yang telah pergi, ada yang masih hidup (namun) sedikit, kita patut berdoa kepada Allah, supaya diberi sebaik-baik pahala kepada mereka,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan