Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Filem epik sains fiksyen ini merupakan sambungan Avatar 2009 dan sekuelnya, Avatar: The Way Of Water, yang ditayangkan pada 2022. Foto: Avatar (IG)

‘Avatar 3: Fire And Ash’ bakal temui peminat pada 2025

ByBernama

LOS ANGELES, 10 Ogos: James Cameron mengumumkan tajuk filem baharu “Avatar 3: Fire And Ash,”  yang dijadual ditayangkan pada 2025, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pengarah filem itu membuat penampilan mengejut di D23, sebuah acara peminat Disney di California, bersama bintang filemnya, Zoe Saldana dan Sam Worthington bagi memberi gambaran awal mengenai sekuel terbaharu Avatar.

Filem epik sains fiksyen ini merupakan sambungan Avatar 2009 dan sekuelnya, Avatar: The Way Of Water, yang ditayangkan pada 2022.

“Filem baharu itu bukanlah apa yang anda jangkakan, tetapi pastinya apa yang anda mahukan,” kata Cameron kepada 12,000 penonton yang hadir.

Lelaki berusia 69 tahun itu berkata rakaman tidak akan ditayangkan hari ini kerana masih terlalu awal tetapi berkongsi “seni konsep yang menarik untuk merangsang imaginasi penonton”.

“Akan ada budaya, latar, dan makhluk baharu, serta biom baharu.

“Anda akan melihat lebih banyak pemandangan di Pandora, planet yang belum pernah anda lihat sebelum ini,” katanya.

Filem ini dijadual ditayangkan pada 19 Disember 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan