Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Amaran sama turut dikeluarkan di beberapa kawasan di Sarawak melibatkan Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau) serta Mukah. Foto hiasan,Envato.

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri

KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri hingga 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu meliputi Hulu Selangor, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka melanda negeri-negeri di utara Semenanjung iaitu Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Sik dan Baling) serta Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Batang Padang dan Muallim).

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu juga dijangka berlaku di negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan (Jeli), Terengganu (Besut dan Hulu Terengganu) serta Pahang (Raub dan Bentong).

Amaran sama turut dikeluarkan di beberapa kawasan di Sarawak melibatkan Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau) serta Mukah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan