Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sydney menjadi atlet pertama meraih emas berturut-turut dalam acara 400m lari berhalangan di Olimpik. Foto AFP

Wanita pertama pertahan emas acara 400 meter lari berhalangan

ByAFP

PARIS, 9 Ogos: Sejak dia layak ke Sukan Olimpik pertamanya sebagai pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun, Sydney McLaughlin-Levrone tidak pernah lagi menoleh ke belakang.

Atlet berusia 25 tahun itu menambah satu lagi koleksi dalam senarai rekod yang dipecahkannya apabila dia memenangi pingat emas dalam acara 400m lari halangan dengan catatan rekod dunia, menjadi wanita pertama yang memenangi gelaran Olimpik berturut-turut dalam acara itu.

Atlet kebanggaan Amerika itu berjaya mengalahkan juara dunia, Femke Bol dari Belanda untuk meraih emas dengan masa 50.37 saat (s) di Stade de France, memperbaiki rekod dunianya sendiri 50.65s yang dicatatkan di Eugene pada bulan Jun.

Dia menjadi wanita pertama dalam sejarah berlari di bawah 52s untuk acara itu pada 2021 apabila dia mencatat masa 51.90s ketika kejohanan ujian Olimpik AS di Eugene, Oregon.

“Sejak saya berusia lapan tahun, saya menanam cita-cita untuk meraih pingat di Olimpik dan apabila ia tercapai terasa seperti beban di bahu saya hilang,” katanya.

Kemenangan menakjubkan di Paris meletakkan Sydney di landasan terbaik untuk merangkul emas ketiga berturut-turut di Olimpik dalam masa empat tahun di Los Angeles, tempat di mana dia tinggal dan berlatih.

“Memang ia semakin sukar seiring dengan bertambahnya tahun.

“Anda menolak badan anda ke hadnya. Ia adalah sebahagian daripada sukan yang boleh meletihkan fizikal, meletihkan mental, dan itulah sebabnya berehat dan mengingati sebab anda menyukainya adalah sangat penting.

“Larian tidak akan bertahan selamanya, jadi saya cuba untuk terus menikmatinya. Saya tidak mahu mengambil sesuatu untuk dianggap remeh.”-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan