Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Veddriq Leonardo meraikan kejayaannya merangkul pingat emas acara memanjat dinding di Le Bourget. Foto AFP

Veddriq Leonardo sumbang emas pertama Indonesia

ByBernama

PARIS, 9 Ogos: Veddriq Leonardo, mencipta sejarah buat Indonesia apabila berjaya meraih pingat emas pertama negara itu di Sukan Olimpik Paris 2024, dalam acara speed climbing lelaki.

Walaupun bermula perlahan, Veddriq yang juga bekas pemegang rekod dunia berjaya menewaskan atlet China, Wu Peng dengan catatan masa 4.75 saat di Le Bourget Climbing Venue, Paris, lapor Agensi Berita Antara.

Wu terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas hanya ketinggalan 0.02 saat di belakang atlet kelahiran Pontianak itu.

Sementara itu, Sam Watson dari Amerika Syarikat berjaya bangkit dan meraih gangsa dengan catatan masa 4.74 saat, menewaskan atlet Iran, Reza Alipour Shenazandifard, yang menamatkan perlumbaan dengan 4.88 saat, menurut laman sesawang rasmi Olimpik.

Sebelum ini, harapan Indonesia untuk meraih pingat dalam acara speed climbing wanita di Olimpik Paris 2024 lebur apabila kedua-dua atletnya Desak Made Rita Kusuma Dewi dan Rajiah Sallsabilah tersingkir daripada saingan.

Sementara itu, Aleksandra Miroslaw dari Poland mendominasi saingan speed climbing wanita, apabila meraih emas dengan memperbaharui rekod dunia menerusi catatan 6.06 saat.

Atlet China, Deng membawa pulang perak, manakala Kaucka menyumbang gangsa untuk Poland.TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan