Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lyles mencecah garisan penamat dengan catatan 19.70 saat (s) ketinggalan lima saat di belakang rakan senegara, Kenny Bednarek yang meraih perak. Foto AFP

Sertai final 200 meter walaupun positif Covid-19

ByBernama

PARIS, 9 Ogos: ImpianĀ Noah Lyles untuk mencipta kejayaan berganda dalam acara pecut di Olimpik Paris 2024 tidak kesampaian apabila jaguh Amerika Syarikat (AS) itu sekadar meraih pingat gangsa dalam acara 200 meter (m) yang berlangsung di Stade de France, awal pagi Jumaat.

Lyles mencecah garisan penamat dengan catatan 19.70 saat (s) ketinggalan lima saat di belakang rakan senegara, Kenny Bednarek yang meraih perak.

Pingat emas acara itu dirangkul atlet Botswana, Letsile Tebogo dengan catatan 19.46s sekali gus rekod baharu Afrika dan emas pertama negaranya di Paris.

Selepas melepasi garisan penamat, pegawai kejohanan menghampiri Lyles untuk mengusungnya keluar daripada trek menggunakan kerusi roda.

Lyles sebelum ini menjalani ujian Covid-19 dan disahkan positif tetapi memutuskan untuk tetap bertanding dalam acara 200m.

Keputusan Lyles itu dikritik kerana didakwa membahayakan kesihatan atlet lain.

Sebelum perlumbaan berlangsung, perhatian tertumpu kepada Lyles yang teruja untuk muncul pelari pertama sejak Usain Bolt meraih emas berganda acara 100m dan 200m di Olimpik.

Namun, pelari berusia 27 tahun itu memulakan larian agak perlahan dan kekal di tempat ketiga sepanjang perlumbaan.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan