Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Uggah meneruskan program turun padang Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Sarawak hari ini dengan melawat tapak projek pembinaan Jalan Sibu-Tanjung Manis termasuk Jambatan Batang Rajang Bahagian Sarikei pada Jumaat. Foto Mohammed Raffiq (TVS)

Projek jalan Sibu – Tanjung Manis siap tahun hadapan

ByDouglas Elliot

SARIKEI, 9 Ogos: Projek jalan Sibu ke Tanjung Manis termasuk pembinaan Jambatan Batang Rajang mencapai kemajuan sebanyak 92 peratus siap.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata projek yang dijangka siap pada 2025 itu akan menjadikan tempoh perjalanan dari Sarikei ke Tanjung Manis hanya sekitar 45 minit sahaja berbanding dua jam setengah ketika ini.

Menurut beliau, projek bernilai RM321,377,700 itu dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak.

“Projek ini akan memberi manfaat kepada penduduk di sekitar kawasan ini.

“Dalam masa sama, jalan baharu ini akan membuka lebih banyak kawasan baharu bagi tujuan aktiviti ekonomi baharu, pelancongan dan sebagainya di Sarikei,” kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa melawat tapak projek pembinaan Jalan Sibu-Tanjung Manis termasuk Jambatan Batang Rajang Bahagian Sarikei di sini, hari ini.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Sarawak optimis projek itu bakal memacu aktiviti ekonomi di kedua-dua kawasan berkenaan.

“Kita harap dengan adanya jalan ini akan menaik taraf pelabuhan Tanjung Manis dan merancakkan aktiviti ekonomi di sekitarnya,” ujar beliau.

Projek yang berjumlah RM321,377,700 itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Dato Sri Huang Tiong Sii, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, ADUN Pakan Tan Sri William Mawan Ikom dan Pengarah JKR Sarawak Dr Cassidy Morris. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan