Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menerima laporan kes pecah rumah Rabu lepas. Suspek dikatakan memecah masuk ketika mangsa keluar bekerja. Foto hiasan Envato

Polis tahan pasangan kekasih terlibat kes pecah rumah

ByBernama

MARANG, 9 Ogos: Sepasang kekasih ditahan semalam kerana disyaki terlibat kes pecah rumah di Kampung Binjai Bongkok di sini Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Razman Setapa berkata suspek lelaki dan wanita berusia lingkungan 20-an itu ditahan di dua kedai pajak gadai iaitu di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus kira-kira 1.15 tengah hari.

Beliau berkata kedua-duanya diberkas ketika ingin menggadai barangan kemas yang dicuri.

“Polis menerima laporan kes pecah rumah Rabu lepas. Suspek dikatakan memecah masuk ketika mangsa keluar bekerja.

“Mangsa hanya menyedari rumahnya dipecah masuk selepas melihat kesan pecah pada pintu kayu belakang rumah sewaktu pulang dari kerja iaitu sekitar 6.23 petang Rabu lepas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Razman berkata hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa mendapati terdapat imej dua individu yang dipercayai pasangan suspek berkenaan.

Beliau berkata polis turut menemukan wang tunai berjumlah RM7,500 yang juga mungkin dicuri dari rumah mangsa.

“Barangan kemas dipercayai milik mangsa berjaya ditemukan semula,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan