Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika merasmikan Pusat Pesisir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Jakarta. Foto David Andreas (TVS)

Pendidikan Malaysia tembusi pasaran antarabangsa

ByTVS

JAKARTA, 9 Ogos: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menubuhkan kampus pesisir atau offshore campus di utara Jakarta, Indonesia selepas penubuhan di Doha, Qatar.

Kampus pesisir tersebut merupakan pusat untuk pelajar Indonesia yang mempunyai minat dalam program akademik, penyelidikan, latihan industri dan program mobiliti bersama dengan universiti di Malaysia.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut hadir menyempurnakan majlis perasmian yang merupakan hasil kerjasama antara UKM dengan lapan universiti lain dari Malaysia iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Mara (UiTM ), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Pendidikan Sutan Idris (UPSI), Universiti Multimedia (MMU), Spectrum International University College (SIUC), dan Universiti Cyberjaya (UOC).

Menurut Zambry, penubuhan pusat pendidikan UKM di Indonesia adalah satu pengiktirafan terhadap kualiti pendidikan Malaysia di pasaran antarabangsa.

“Kita melihat permintaan untuk sistem pendidikan Malaysia berada di pasaran antarabangsa dan ini merupakan satu perkembangan sangat baik sebagai pengiktirafan terhadap kualiti pendidikan tinggi Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, ia sekali gus melonjakkan kedudukan Malaysia dalam bidang pendidikan di peringkat global.

Dalam pada itu, Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata ini adalah pelaksanaan program antarabangsa dengan pendekatan berbeza yang dilakukan oleh UKM dan universiti lain.

“Ini adalah hasrat kita semua bersama rakan strategik untuk meneroka peluang dan pemerkasaan universiti Malaysia di pasaran antarabangsa dengan pendekatan yang kita teliti prosesnya,” katanya

Beliau berharap lebih banyak program ditawarkan UKM dengan universiti lain.

Tambahnya, selepas Qatar dan Indonesia akan ada negara lain ditubuhkan pusat pendidikan pesisir yang lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan