Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas meninjau tapak projek pembinaan Jalan Sibu-Tanjung Manis dan Jambatan Batang Rajang Bahagian Sarikei, hari ini. Foto Mohammed Raffiq (TVS)

Pembinaan jambatan Batang Rajang di Kapit dalam perancangan

ByDouglas Elliot

SARIKEI, 9 Ogos: Pembinaan sebuah jambatan baharu merentasi Batang Rajang di Kapit telah mendapat kelulusan Kerajaan Persekutuan dan kini dalam proses perancangan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata projek itu mungkin akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

“Perkara itu telah dibincangkan secara mendalam bersama Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan kemungkinan besar projek berkenaan akan dilaksanakan di bawah Kerajaan Persekutuan.

“Konsepnya telah pun diterima dan kini berada di peringkat perancangan,” katanya pada sidang media selepas melawat tapak projek pembinaan Jalan Sibu-Tanjung Manis termasuk Jambatan Batang Rajang Bahagian Sarikei di sini, hari ini.

Terdahulu, Nanta berkata pembinaan jambatan Batang Rajang itu akan menjadi sebahagian daripada laluan alternatif yang menghubungkan Bahagian Sibu dengan Bahagian Kapit.

Tambahnya, jalan baharu itu akan menyediakan jalan perhubungan darat kepada penduduk di sepanjang Batang Rajang yang terjejas selepas operasi bot ekspres dihentikan berikutan siapnya Jalan Sibu-Kapit sedia ada pada Oktober 2021. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan