Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri berjaya mengekalkan kedudukan dalam perebutan pingat untuk acara 3 meter (m) papan anjal wanita Sukan Olimpik Paris 2024 dengan mara ke final. Foto AFP

Paris 2024: Nur Dhabitah kekal dalam perebutan pingat, Ashley tersasar

ByBernama

PARIS, 9 Ogos: Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri berjaya mengekalkan kedudukan dalam perebutan pingat untuk acara 3 meter (m) papan anjal wanita Sukan Olimpik Paris 2024 dengan mara ke final.

Pada saingan separuh akhir pada Khamis, walaupun hilang fokus pada terjunan ketiga, beliau kembali memperbaiki terjunannya pada dua terjunan terakhir, sekali gus mengesahkan tempat dalam kalangan 12 penerjun untuk pusingan akhir hari ini (9 Ogos).

Nur Dhabitah, yang hadir ke Olimpik Paris dengan persiapan yang kurang berbanding pesaingnya selepas mendapat kuota tidak digunakan negara lain pada hujung Jun, perlu mempamerkan aksi terbaiknya untuk menaiki podium, selepas terpaksa berpuas hati dengan kedudukan keempat pada edisi lepas.

Kejayaan podium juga akan meningkatkan semangat skuad terjun negara yang kini berdepan prestasi merudum dan cabaran mencari pelapis baharu, selepas pulang tangan kosong dari temasya Tokyo 2020.

Sementara itu, pemain golf profesional negara Ashley Lau tidak mampu meneruskan prestasi baiknya dari pusingan pertama selepas melakukan par 72 sekali gus terikat di kedudukan ke-13 dengan 13 pencabar lain, pada Rabu.

Pada pusingan kedua, beliau tersasar dengan lima atas par 77 untuk terikat di kedudukan ke-40 bersama empat lagi pemain menerusi pukulan keseluruhan lima atas par 149 di Le Golf National.

Dalam pada itu, atlet angkat berat China, Luo Shifang mencatatkan tiga rekod baharu Olimpik bagi kategori 59kg wanita untuk merangkul emas.

Beliau berjaya mengangkat bebanan seberat 107kg bagi snatch, 134kg untuk clean & jerk untuk jumlah angkatan keseluruhan 241kg; ketiga-tiganya mengatasi rekod Kuo Hsing Chun (103kg, 133kg, 236kg) dari Taiwan yang dicatatkan pada Tokyo 2020.

Selain Nur Dhabitah, cabaran Malaysia pada Jumaat (9 Ogos) akan diteruskan oleh Bertrand Rhodict Lises dalam pusingan awal acara 10m platform lelaki dan Ashley Lau yang turun beraksi dalam pusingan ketiga.

Di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome, atlet berbasikal trek Nurul Izzah Izzati Mohd Asri bakal memulakan cabaran dalam pusingan kelayakan acara pecut wanita. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan