Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi mencari dan menyelamat dua warga Filipina yang hilang dalam insiden pelanggaran dua bot di perairan Pulau Sebangkat di sini, sejak Selasa lepas (6 ogos) ditamatkan, semalam.

Operasi mencari dua warga Filipina ditamatkan

ByBernama

SEMPORNA, 9 Ogos: Operasi mencari dan menyelamat dua warga Filipina yang hilang dalam insiden pelanggaran dua bot di perairan Pulau Sebangkat di sini, sejak Selasa lepas ditamatkan semalam.

Pengarah Zon Maritim Semporna Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Komander Maritim Amir Shubli berkata operasi itu ditamatkan pada pukul 6.30 petang semalam berikutan tiada sebarang petunjuk baharu ditemukan pasukan mencari dan menyelamat tersebut.

Katanya operasi itu meliputi kawasan keluasan 64 batu nautika persegi dengan penglibatan tujuh buah bot Maritim Malaysia dan agensi lain seperti Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marim, Angkatan Pertahanan Awam, serta Taman-Taman Sabah.

“Komuniti setempat juga telah dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa dan diminta untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menemukan sebarang petunjuk,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Selasa lepas, dua warga Filipina yang dikenali sebagai Rommek Tura dan Jimal, masing-masing berusia 30 tahun dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki bersama dua orang lagi yang terselamat, bertembung dengan sebuah bot lain di sini.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan