Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penerjun negara Nur Dhabitah Sabri. Foto Olympic Council Of Malaysia

Olimpik: Dhabitah tamatkan saingan dengan cemerlang

ByFarah Diyana Samsuddin

Paris, 9 Ogos: Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri menamatkan saingan dengan cemerlang di tempat ke-12 dengan pungutan mata 244.80 selepas lima terjunan.

Meskipun gagal memungut sebarang pingat, Dhabitah tetap mempersembahkan aksi yang mengagumkan dalam acara 3m Wanita Acara papan anjal di Pusat Akuatik Olimpik di sini, sebentar tadi.

Bernama melaporkan penerjun berusia 25 tahun itu bermula baik dengan meraih 63.00 dan 60.00 mata bagi terjunan pertama dan kedua untuk meletakkan dirinya dalam perebutan pingat.

Namun, percubaan terjunan back 2½ somersaults membawa padah apabila hanya mendapat 37.50 mata, manakala kesilapannya dalam percubaan reverse 2½ somersaults menyaksikan beliau hanya meraih 28.50 mata, sebelum memperbaiki prestasinya untuk meraih 55.80 mata pada terjunan terakhir.

Acara itu menyaksikan penerjun China, Chen Yiwen meraih emas dengan 376.00 mata diikuti rakan senegaranya, Chang Yani meraih gangsa (318.75 mata).

Pingat perak menjadi milik Kenny Maddison dari Australia dengan 343.10 mata.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan