Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelumba berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri bermula dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan 1/32 acara pecut wanita di National Velodrome hari ini. Foto Majlis Sukan Negara (FB)

Nurul Izzah lepasi pusingan kelayakan acara pecut

ByBernama

PARIS, 9 Ogos: Pelumba berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri bermula dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan 1/32 acara pecut wanita di National Velodrome hari ini.

Pada aksi berkenaan, Nurul Izzah Izzati mempamerkan kayuhan baik untuk berada di kedudukan ke-21 daripada 28 pelumba dengan catatan masa 10.709 saat (s) di pusingan kelayakan sebentar tadi.

Pelumba berusia 20 itu berjaya memadamkan rekodnya sendiri pada Kejohanan Asia di Nilai, Negeri Sembilan pada tahun lepas dengan catatan 10.903 s.

Pada Rabu (7 Ogos), beliau terlepas peluang ke suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila menamatkan saingan di tempat ketiga pusingan repechage.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan