Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Len Talif Salleh menyaksikan pertukaran dokumen MoA antara SFC dan WMI di Taman Crocodylus, Darwin, Australia.

MoA ke arah pengurusan hidupan liar lebih efisien

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 9 Ogos: Sarawak dan Wilayah Utara Australia menandatangani memorandum perjanjian (MoA) yang bakal membawa lembaran baharu kerjasama antara dua pihak dalam pengurusan hidupan liar.

Ditandatangani di Taman Crocodylus di Darwin, Australia semalam, ia dianggap sebagai pencapaian penting bagi Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Wildlife Management International (WMI) yang terbabit dalam MoA ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata MoA menumpukan terhadap perkongsian kepakaran dalam pengurusan buaya yang merupakan bidang kritikal bagi kedua-dua wilayah, memandangkan ekosistem unik di dua kawasan tersebut.

“Perjanjian ini mewakili komitmen terhadap pengurusan hidupan liar yang lestari, serta memupuk pendekatan kerjasama untuk menangani cabaran pemuliharaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau menyaksikan majlis menandatangani MoA itu yang kini dalam rangka lawatan kerja Kerajaan Sarawak ke Australia.

Delegasi itu turut diberi taklimat oleh pakar-pakar dari Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Keselamatan Air serta Suruhanjaya Taman dan Hidupan Liar Wilayah Utara mengenai teknik pemuliharaan moden dan penyelidikan.

Lawatan penanda aras delegasi Sarawak yang turut disertai Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh itu terus mengukuhkan perkongsian antarabangsa dengan fokus terhadap amalan lestari yang memberi manfaat kepada kedua-dua wilayah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan