Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mewakili Tabung Baitumal Sarawak menerima zakat daripada Kumpulan Maybank diwakili Datuk Khairussaleh Ramli di Kuching, hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

Maybank serah zakat RM3.48 juta kepada Tabung Baitulmal Sarawak

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 9 Ogos: Kumpulan Maybank hari ini menyerahkan zakat perniagaan kira-kira RM3.48 juta kepada Tabung Baitulmal Sarawak.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Khairussaleh Ramli berkata zakat tersebut antara lainnya bagi menyokong kebajikan rakyat yang memerlukan serta pembangunan negeri.

“Ini yang kami lakukan setiap tahun. Untuk tahun ini kami menyerahkan zakat RM3.5 juta dari syarikat-syarikat Kumpulan Maybank.

“(Jumlah) ini ada banyak kenaikan berbanding dengan RM2.2 juta yang kami berikan pada tahun sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Khairussaleh menambah Abang Johari juga telah menerangkan hala tuju Sarawak dari aspek kelestarian, tenaga bersih, logistik dan sebagainya pada pertemuan mereka hari ini.

“Dengan itu, kami juga akan meningkatkan komitmen kami untuk terus bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak serta syarikat-syarikat di negeri ini untuk terus membangunkan ekonomi di sini,” ujarnya.

Untuk rekod Kumpulan Maybank mempunyai 32 cawangan dan 900 pekerja di Sarawak yang dipecahkan kepada pelbagai perkhidmatan termasuk perbankan perniagaan.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Kewangan Komuniti Kumpulan Maybank, Syed Ahmad Taufik Albar, Ketua Pegawai Operasi Maybank Investment Bank Berhad Tengku Ariff Azhar Tengku Mohamed, Pengarah Wilayah Sarawak Abang Jamili Abang Julai dan Ketua Strategi dan Solusi ESG Group Global Banking, Ranita Abdullah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan