Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kes malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak di utara Gaza meningkat lebih 300 peratus pada Julai berbanding Mei. Foto AFP

Kes malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak di Gaza meningkat 300 peratus – UNRWA

ByBernama

BAITULMAQDIS, 9 Ogos: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis melaporkan bahawa kes malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak di utara Gaza meningkat lebih 300 peratus pada Julai berbanding Mei.

UNRWA memetik data daripada Kluster Pemakanan Global dan Pengelasan Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) dengan menyatakan bahawa 96 peratus penduduk Gaza menghadapi tahap kelaparan yang dahsyat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

UNRWA menggesa negara-negara di seluruh dunia untuk meningkatkan bantuan ke wilayah Gaza dan menyeru agar gencatan senjata segera dilaksanakan bagi meringankan krisis kemanusiaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan