Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jurucakap Kementerian Luar Indonesia Rolliansyah Soemirat, ketika menyampaikan kenyataan mengenai konflik Timur Tengah di Pejabat Kementerian Luar Negara, di Jakarta petang tadi. Foto David Andreas (TVS)

Indonesia bawa pulang rakyat di Lubnan dan Iran

ByTVS

JAKARTA, 9 Ogos: Indonesia akan menerbangkan rakyatnya di Lubnan pulang melalui lapangan terbang Beirut yang masih dibuka berikutan peningkatan konflik Israel dengan gerakan Hizbullah di negara itu.

Setakat ini terdapat 203 warga Indonesia terlibat selain kontinjen Tentara Nasional Indonesia (TNI) yang termasuk dalam misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan iaitu seramai 1,392 orang.

Jurucakap Kementerian Luar Indonesia Rolliansyah Soemirat berkata langkah memindahkan diaspora yang masih terperangkap di kawasan konflik juga giat dilakukan.

“Demi menjangkakan pelbagai risiko yang boleh berlaku di sana memandangkan keadaan darurat yang wujud, kerajaan Indonesia telah mengambil langkah menyelamatkan rakyat yang masih terperangkap di kawasan konflik,” katanya.

Beliau juga menyeru agar mereka sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan masing-masing sepanjang proses meninggalkan Lubnan.

Selain Lubnan, Indonesia juga bersedia untuk membawa keluar 391 rakyatnya dari wilayah Iran ekoran peningkatan ketegangan yang mengancam keselamatan awam.

Pada masa sama, Kedutaan Indonesia di Tehran turut menyediakan pelan kecemasan untuk mengeluarkan semua warganya dari wilayah konflik terbabit sebelum berlaku perang-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan