Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) dan Datu Hii Chang Kee (dua kiri) pada majlis pelancaran aplikasi SUKMA XXI Sarawak 2024 di Kuching, hari ini.

Ikuti perkembangan SUKMA menerusi aplikasi SUKMA XXI Sarawak 2024

KUCHING, 9 Ogos: Orang ramai yang ingin mengetahui perkembangan semasa mengenai Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 boleh memuat turun aplikasi telefon bimbit yang dinamakan SUKMA XXI Sarawak 2024.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahmah Hamzah berkata ia dilengkapi dengan pelbagai menu termasuk jadual serta keputusan pertandingan, kedudukan dan pungutan pingat terkini.

Menu yang terdapat pada aplikasi SUKMA XXI Sarawak 2024.

“Pengguna juga boleh mendapatkan berita terkini dan menonton video atau live streaming menerusi pautan TVS,” katanya pada sidang media pelancaran aplikasi itu di sini, hari ini. Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datu Hii Chang Kee.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi ini di Apple store, Play store dan AppGallery yang melibatkan platform IOS, Android dan Huawei.

Pembangunan aplikasi ini juga sebagai menyahut seruan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memperkasakan perkhidmatan melalui digital ekonomi, katanya.

Pada majlis itu, Abdul Karim turut melancarkan Command Centre SUKMA XXI Sarawak 2024.

Command Centre ini diaktifkan bermula hari ini, 9 Ogos sehingga 28 September dan ia akan beroperasi sehingga temasya Para SUKMA.

Pusat ini membantu Sekretariat SUKMA memantau perjalanan SUKMA dan juga PARA SUKMA dan memantau isu-isu yang berlaku di 50 venue pertandingan di sembilan bahagian Sarawak.

Sekretariat juga dapat memantau pertandingan secara langsung dan kedudukan semasa pungutan pingat.

“Ia juga dapat memantau melalui Games Management System segala maklumat logistik termasuk pengagihan penginapan, pengangkutan, sajian dan sukarelawan serta petugas.

“Command Centre turut dapat memapar siaran secara langsung pertandingan-pertandingan yang sedang berlaku di venue terpilih,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan