Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fatimah berucap semasa melawat TTG Sibu petang tadi (Jumaat). Foto TVS

Bela nasib gelandangan, TTG Kuching mula beroperasi 31 Ogos ini

SIBU, 9 Ogos: Tempat Transit Gelandangan (TTG) Kuching dijangka beroperasi pada 31 Ogos ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Fatimah mendedahkan, pihaknya kini sedang mengenal pasti Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang akan mengendalikan pusat berkenaan.

Menurutnya, penubuhan TTG di Kuching susulan menyaksikan kejayaan pengurusan TTG Sibu yang beroperasi sejak 2021.

“Sejak TTG Sibu ditubuhkan pusat ini telah menerima seramai 180 gelandangan namun kini hanya tinggal 22 orang gelandangan di sini.

“Semasa kita menjalankan usaha menyelamatkan gelandangan, kami mendapati para gelandangan berasal dari luar bandar Sibu seperti Mukah, Kanowit dan sebagainya yang perlu diberikan tempat tinggal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengetuai perwakilan Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak melawat Tempat Transit Gelandangan (TTG) Sibu pada petang Jumaat.

Sementara itu, Fatimah mendedahkan TTG Miri dijangka siap pada 27 Disember ini manakala TTG Bintulu siap pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, jelas Fatimah TTG merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak membela nasib golongan kurang bernasib baik seperti gelandangan.

Menurutnya TTG ditubuhkan di beberapa bandar utama di wilayah ini bagi memastikan golongan itu tidak terpinggir daripada pembangunan selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030) iaitu sektor perkhidmatan sosial.

“Ini adalah usaha dan dasar kerajaan untuk memastikan tiada yang terpinggir daripada mendapat bantuan dan apa yang saya bangga untuk nyatakan ialah konsep yang kita gunakan.

“Bukan sahaja menyediakan tempat sementara untuk mereka, kita pergi selangkah lagi iaitu kita menyediakan pelbagai latihan kepada mereka seperti menganyam bakul dan lain-lain,” katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu berkata lawatan hari ini antara inti pati sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri 2024 yang diadakan di Sibu tahun ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan