Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki disambung reman di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan kes mengugut dan mencederakan bekas teman wanitanya di sebuah pasar raya Ahad lalu. Foto TVS

Suspek ugut, cederakan bekas teman wanita disambung reman sehari

BUTTERWORTH, 8 Ogos: Suspek yang mencederakan bekas teman wanitanya di sebuah pasar raya di Bagan Ajam pada Ahad lalu disambung reman selama sehari hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pegawai Pendaftar, Nuha Farzana Nor ‘Azam di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan.

Suspek sebelum itu tiba ke mahkamah sambil diiringi anggota polis kira-kira pukul 10.55 pagi dengan mengenakan pakaian lokap berwarna jingga.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki direman pada Isnin lalu selepas ditahan kerana mengugut dan mencederakan bekas teman wanitanya di sebuah pasar raya.

Dalam kejadian itu, mangsa luka pada jari kelingking kanan semasa bergelut dengan suspek yang memegang sebilah pisau sebelum dia berjaya diberkas oleh orang awam.

Insiden itu tular di media sosial selepas video yang memaparkan orang ramai cuba memujuk suspek yang sedang merangkul leher mangsa dimuat naik ke laman sosial oleh pengguna. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan