Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media di pejabatnya hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Sarawak bangunkan kilang papan lapis lama jadi gelanggang pickleball terbesar Asia

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 8 Ogos: Kilang memproses papan lapis lama di Pending dibangunkan menjadi sebuah kompleks sukan pickleball terbesar di Asia dinamakan Pikabol.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kompleks berkenaan akan menjadi lokasi penganjuran Kejohanan Pickleball Antarabangsa Borneo pada Oktober depan.

Jelas beliau kejohanan akan bermula pada 8 hingga 14 Oktober 2024.

“Pikabol merupakan kompleks tertutup terbesar di Asia yang mempunyai 16 gelanggang pickleball dan juga restoran.

“Saya hendak berterima kasih kepada pihak yang tampil dengan inisiatif membangunkan kilang papan lapis itu kepada sebuah kompleks sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mengumumkan penaja dan rakan strategik bagi penganjuran kejohanan berkenaan, di Bangunan Baitulmakmur II di sini hari ini.

Antara penaja yang terlibat ialah Sarawak Energy Berhad, WTK Holdings Sdn Bhd, syarikat rekaan dalaman yang berpangkalan di ibu negara, Decor Hauz Interior, penjual cenderahati pickleball Odysportsz dan Starbucks.

Rakan strategik lain termasuklah CPH Travel and Tours, Hotel Grand Margherita dan Hotel Riverside Majestic di bawah Hemisphere Hospitality, Malaysia Airlines dan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB).

Presiden Persatuan Pickleball Kuching, Ruslan Bujang sebelum ini menyatakan bahawa pihak penganjur meletakkan sasaran penglibatan seramai 500 pemain bagi kejohanan ini.

Setakat hari ini katanya, pihaknya telah menerima sebanyak lebih kurang 80 peratus penyertaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan