Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan peruntukan itu merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Aset pertahanan, warga ATM di Sarawak mendapat perhatian

ByRegina Lee

KUCHING, 8 Ogos: Kementerian Pertahanan (MINDEF) meluluskan peruntukan sebanyak RM500 juta untukĀ  projek penambahbaikan dan naik taraf aset pertahanan di Sarawak.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata peruntukan itu merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatanĀ  Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurutnya, ia antara usaha yang dilakukan kementeriannya dalam aspek pemerkasaan pertahanan di Sarawak dari tahun 2024 hingga tahun 2030.

ā€œDalam pertemuan bersama Premier Sarawak hari ini, kita maklumkan mengenai usaha MINDEF membina dan menaik taraf beberapa bangunan aset ketenteraan di Sarawak yang diluluskan kira-kira RM400 juta termasuk dengan peralatan.

ā€œJumlah itu untuk darat sahaja manakala jumlah secara keseluruhan untuk projek-projek pertahanan termasuk udara dan laut mencecah RM500 juta,ā€ katanya setelah melakukan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa, hari ini.

Mohamed Khaled memaklumkan, sejumlah RM42 juta juga turut disalurkan bagi projek senggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Sarawak.

Sehubungan itu katanya, Kerajaan Sarawak bersetuju supaya satu pasukan bertugas bersama ditubuhkan agar kesemua projek berkenaan dapat berjalan lancar tanpa timbulnya sebarang isu dan masalah.

Menurutnya, Sarawak yang kini pesat membangun dan mengalami pertumbuhan dan kemajuan, maka penting juga untuk melihat aspek pertahanan dan keselamatan diberi perhatian.

ā€œPremier Sarawak bersedia dan memahami betapa pentingnya soal keselamatan dan pertahanan dipertingkatkan, sewajarnya MINDEF memastikan supaya kemajuan itu seiring dengan keamanan pertahanan yang patut disediakan di Sarawak,ā€ katanya.

Delegasi MINDEF dijangka mengadakan lawatan kerja ke Pemerintahan Medan Timur Tentera (PMTTD) di RKAT Kem Penrissen sebelah petang nanti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan