Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita mengalami kecederaan pada jari selepas begelut dengan bekas teman lelakinya di sebuah pasar raya di Bagan Ajam di sini Ahad lalu. Foto media sosial

Wanita cedera diserang bekas teman lelaki di pasar raya

BUTTERWORTH, 7 Ogos: Seorang wanita luka pada jari selepas bergelut dengan bekas teman lelakinya dalam kejadian di sebuah pasar raya di Bagan Ajam pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner (ACP) Anuar Abd Rahman berkata, pihaknya menerima laporan menerusi telefon kira-kira pukul 8.45 malam daripada mangsa yang memaklumkan dia diganggu oleh suspek.

“Mangsa diserang oleh bekas teman lelakinya menggunakan pisau sehingga menyebabkan kecederaan pada jari kelingking kanan semasa bergelut.

“Suspek kemudiannya berjaya ditangkap oleh orang awam sebelum diserahkan kepada anggota Unit Kereta Peronda (MPV) polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, suspek direman sejak kelmarin bagi siasatan mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, video kejadian itu tular di media sosial selepas dimuat naik oleh pengguna yang memaparkan seorang lelaki dipercayai memegang sebilah senjata tajam sambil merangkul leher seorang wanita di dalam sebuah pasar raya.

Kejadian itu turut disaksikan orang ramai selain ada yang cuba membantu menyelamatkan mangsa sebelum kehadiran polis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan