Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tom Cruise dijangka terlibat dalam mempersembahkan aksi mencabar di atas bumbung Stade de France sempena majlis penutupan Sukan Olimpik Paris pada Ahad. Foto, AFP.

Tom Cruise bakal buat persembahan upacara penutupan Olimpik Paris 2024

ByAFP

PARIS, 7 Ogos: Tom Cruise dijangka terlibat dalam mempersembahkan aksi mencabar di atas bumbung Stade de France pada majlis penutupan Sukan Olimpik Paris, Ahad depan.

Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan Cruise telah bersedia dengan aksi berani mengambil bendera Olimpik (di Paris) dan ‘memindahkannya’ ke Los Angeles.

Fakta utama mengenai upacara pembukaan Olimpik 2024

Persembahan itu bakal menjadi penamat Olimpik Paris 2024 setelah dua minggu temasya berlangsung yang berdepan pelbagai masalah selepas majlis pembukaan di Sungai Seine.

Pengarah artistik Thomas Jolly mendedahkan, majlis penutupan akan berlangsung dengan lebih singkat dengan menggabungkan unsur keajaiban dengan ‘dystopia’.

Lebih 100 penari artis sarkas dan penghibur lain, paparan udara, set gergasi dan sistem pencahayaan menakjubkan bakal disajikan selain penampilan beberapa bintang besar termasuk Lady Gaga, Celine Dion dan Aya Nakamura.

Bintang Hollywood termasuk Snoop Dogg, Eva Mendes, Ryan Gosling dan Sharon Stone juga dijangka hadir selain terdapat khabar angin bahawa Beyonce juga mungkin akan membuat persembahan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan