Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Kedah akan memberi ganjaran berjumlah sehingga RM4,000 buat atlet negeri itu yang berjaya merangkul pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang bakal berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini. Foto fail TVS

SUKMA: Kedah umum ganjaran sehingga RM4,000 kepada pemenang pingat emas

ByBernama

ALOR SETAR, 7 Ogos: Kerajaan Kedah akan memberi ganjaran berjumlah sehingga RM4,000 buat atlet negeri itu yang berjaya merangkul pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang bakal berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata bagi pemenang pingat perak pula mereka akan menerima ganjaran sehingga RM2,500, sementara pemenang pingat gangsa akan menerima sehingga RM1,300.

Beliau berkata insentif kewangan itu termasuk yang akan diberikan ‘terus di tempat’ sebaik meraih pingat pada temasya sukan berkenaan dengan nilainya berbeza mengikut bilangan atlet dalam acara sukan terbabit.

“Insentif ini bertujuan memberi semangat kepada atlet-atlet untuk berjuang bersungguh-sungguh…kita dah sediakan peruntukan untuk hadiah-hadiah itu.

“Kita dah ada sasaran pingat iaitu 23 emas, 24 perak dan 25 gangsa untuk acara tertentu, ada banyak sukan, tak perlu sebutlah sukan yang kita sasar pingat itu,” katanya pada sidang media pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Kedah ke SUKMA Sarawak 2024 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata beliau melihat kontinjen Kedah kali ini lebih bersemangat dan berharap atlet-atlet mampu bersinar dan membawa pulang lebih banyak pingat.

“Saya harap SUKMA edisi ke-21 di Sarawak ini akan membawa kenangan manis kepada kontinjen negeri Kedah dari segi pingat dan dari segi semangat,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri akan memberikan ganjaran kepada pemain badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia yang meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024, Isnin lepas.

Beliau berkata butiran terperinci berkaitan ganjaran itu akan dimuktamadkan setelah atlet kelahiran Alor Setar itu pulang ke kampung halamannya di sini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan