Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
UKAS melaporkan, Mesyuarat pendaftaran delegasi (DRM) akan dijalankan sehingga esok, 8 Ogos di Bilik Asajaya, Hotel Grand Margherita, di sini. Foto: UKAS

SUKMA 2024: Pendaftaran atlet, pegawai pasukan bermula hari ini

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 7 Ogos: Proses pendaftaran atlet dan pegawai pasukan yang menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 bermula hari ini, 7 Ogos.

UKAS melaporkan, Mesyuarat pendaftaran delegasi (DRM) akan dijalankan sehingga esok, 8 Ogos di Bilik Asajaya, Hotel Grand Margherita, di sini.

Sesi pagi ini melibatkan tiga kontinjen: tuan rumah, Sarawak, Perak, dan Terengganu.

Pada sebelah petang pula, kontinjen dari Wilayah Persekutuan, Pahang, dan Sabah akan didaftarkan.

Seterusnya, esok pagi merupakan giliran kontinjen Johor, Melaka, Pulau Pinang, dan Selangor.

Ini akan diikuti oleh kontinjen dari Kelantan, Kedah, Perlis, dan Negeri Sembilan pada sesi petang.

Tujuan mesyuarat berkenaan diadakan bertujuan bagi mengesahkan pendaftaran atlet dan pegawai pasukan bagi 15 kontinjen yang bertanding.

Sebarang perubahan pada acara atau atlet boleh dilakukan semasa mesyuarat terbabit.

Proses pendaftaran pagi ini diselia oleh Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan, dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Fredrick. 

Tags: sukan, sukma

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan