Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi SABATI, Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang menyempurnakan simbolik penyerahan mesin hemodialisis kepada Hospital Bau pada Rabu. Foto:TVS

Sarawak Energy, SABATI sumbang dua mesin hemodialisis di Hospital Bau

BAU, 7 Ogos: Sarawak Energy menyumbangkan dua buah mesin hemodialisis kepada Hospital Bau sebagai komitmen untuk menyokong bidang perubatan di Sarawak.

Inisiatif tersebut selaras komitmen syarikat itu melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan kerjasama Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI).

Sumbangan mesin hemodialisis bertujuan bagi menangani keperluan mendesak untuk menggantikan peralatan perubatan yang lapuk dan rosak di hospital tersebut susulan daripada peningkatan permintaan untuk rawatan hemodialisis.

Simbolik penyerahan dua mesin berkenaan telah disempurnakan Pengerusi SABATI, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang yang tiba bersama rombongan sekitar jam 10.40 pagi tadi.

Isteri kepada Premier Sarawak itu juga turut menyampaikan bantuan bakul makanan kepada pesakit yang sedang menerima rawatan di unit dialisis hospital berkenaan.

Manakala dua buah lagi mesin hemodialisis bakal diserahkan kepada Hospital Simunjan dalam tempoh terdekat.

Sarawak Energy dan SABATI memulakan kerjasama penjagaan kesihatan mereka sejak Jun 2020, dengan permulaan
sumbangan dua mesin hemodialisis setiap satu kepada Hospital Kapit dan Lawas.

Syarikat itu juga telah menyokong hospital dan kemudahan perubatan di seluruh Sarawak dengan menyumbang mesin elektrokardiogram (ECG), mesin dialisis, ambulans, dan mesin fundoskopi.

Di samping itu, syarikat tersebut turut membiayai operasi katarak di Kapit, Mukah-Balingian, Sg Asap Belaga, Murum, dan Sri Aman dengan kerjasama komuniti tempatan melalui inisiatif berfokuskan kesihatan.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep, Pengarah Hospital Bau, Dr Jasmany Liboh dan Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Korporat Sarawak Energy, Aisah Adenan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan