Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut pihak berkuasa Rusia, pencerobohan dilakukan oleh kira-kira 300 tentera, 11 kereta kebal dan lebih 20 kenderaan berperisai. Foto, AFP.

Rusia dakwa tembak jatuh dron, peluru berpandu dilancar Ukraine ke Kursk

ByAFP

RUSIA, 7 Ogos: Ukraine didakwa melancarkan dron dan peluru berpandu ke Kursk, wilayah di barat daya Rusia semalam, kata gabenor wilayah, Alexei Smirnov hari ini.

Beliau berkata kejadian itu berlaku sehari selepas tentera pro Kyiv menceroboh sempadan dengan kereta kebal dan kenderaan berperisai.

“Dua peluru berpandu Ukraine ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara (Rusia) di wilayah Kursk,” kata Smirnov menerusi saluran media sosial Telegram.

Beliau menambah tiga lagi dron turut musnah.

Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan Rusia telah mengerahkan tentera ke sempadan di Kursk semalam selepas pencerobohan waktu pagi oleh Ukraine yang merupakan serangan terbaharu dalam konflik tersebut.

Menurut pihak berkuasa Rusia, pencerobohan dilakukan oleh kira-kira 300 tentera, 11 kereta kebal dan lebih 20 kenderaan berperisai.

Tambah Smirnov, lima orang terbunuh dan kira-kira 28 tercedera. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan