Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekumpulan penunggang motosikal melawan arus bagi mengelak daripada ditahan polis di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) pada Ahad lalu. Foto media sosial

Ratusan tunggang motosikal lawan arus elak sekatan polis

BUTTERWORTH, 7 Ogos: Sekumpulan penunggang motoskal sedang dikesan melawan arus mengelak daripada sekatan polis pada Operasi Samseng Jalanan susulan video mereka tular semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner (ACP) Anuar Abdul Rahman berkata, kejadian di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) itu berlaku pada Ahad lalu.

Katanya, video berdurasi 38 saat itu menunjukkan sekumpulan penungang motosikal menunggang secara berbahaya dari arah Plaza Tol Bagan Ajam menghala Terminal Kontena Butterworth Utara.

“Hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7 petang kerana satu operasi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bersama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti SPU bagi membanteras kegiatan samseng jalanan.

“Penunggang motosikal bertindak melawan arus bagi mengelak ditahan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, pada operasi berkenaan pihaknya menahan seorang penunggang motosikal mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya selain menyita 25 buah motosikal atas pelbagai kesalahan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan