Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hampir 25 orang terbunuh dan lebih 150 dimasukkan ke hospital selepas penunjuk perasaan membakar sebuah hotel di barat daya Bangladesh, lapor Sputnik pada Selasa, memetik media tempatan. Foto fail AFP

Rakyat Malaysia dinasihatkan tangguh semua perjalanan ke Bangladesh

ByBernama

PUTRAJAYA, 7 Ogos: Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan semua perjalanan ke Bangladesh berikutan situasi negara itu yang masih belum stabil, kata Kementerian Luar.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata ia sedang memantau rapi keadaan di Bangladesh menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka.
“Kementerian ini juga mengambil maklum pembentukan kerajaan interim Bangladesh bagi memastikan urusan pentadbiran negara dapat berfungsi seperti biasa.

Warganegara Malaysia yang berada di Bangladesh adalah dinasihatkan untuk mendaftarkan keberadaan mereka dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, serta sentiasa berwaspada, mengelak daripada berada di kawasan konflik dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Rabu.

Ia berkata sebarang perkembangan terkini ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sekiranya berlaku kecemasan, warganegara Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka di alamat House No. 19, Road No. 6, Baridhara Diplomatic Enclave, Dhaka– 1212, atau di talian +880241081892 / 1895 dan +88 018 4179 8077 (untuk kecemasan sahaja) atau e-mel di mwdhaka@kln.gov.my.

Media melaporkan lebih daripada 200 orang terbunuh dalam tunjuk perasaan yang bermula sebagai gerakan menentang kuota pekerjaan dalam kerajaan pada pertengahan Julai. Protes itu kemudian berkembang menjadi kempen untuk menyingkirkan Perdana Menteri Sheikh Hasina.

Pada Isnin, Hasina meninggalkan Bangladesh di tengah-tengah peningkatan desakan supaya beliau meletakkan jawatan berikutan tunjuk perasaan besar-besaran terhadap kerajaan pimpinannya.

Agensi Anadolu melaporkan pemenang Hadiah Nobel tunggal Bangladesh Muhammad Yunus akan mengetuai kerajaan peralihan negara itu berikutan peletakan jawatan Hasina. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan