Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan

PKS akui sukar laksana ESG dalam perniagaan

ByIzzah Kamilah Yunus

KOTA SAMARAHAN, 7 Ogos: Sektor Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) diakui sukar untuk melaksanakan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam perniagaan mereka.

Menurut Ketua Felo Penyelidik (Bahagian Tenaga dan Kelestarian), Institut Tenaga Lestari dan Boleh Diperbaharui Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Florianna Lendai Michael Mulok, sektor itu merasakan bahawa ia tidak relevan bagi mereka untuk melaksanakan ESG dalam situasi mereka ketika ini.

“Dalam melaksanakan ESG, anda perlu melabur dalam teknologi contohnya untuk mengukur keberkesanan tenaga dan menggantikan ia dengan beberapa cara yang boleh mengeluarkan banyak sisa.

“Ia juga termasuk berurusan dengan pihak pembekal terutama kepada kategori mikro kerana mereka tentunya mengalami kesukaran untuk melaksanakan ESG dalam operasi mereka,” katanya ketika ditemu bual TVS di UNIMAS Kota Samarahan pada Rabu.

Ujarnya, ia boleh mengakibatkan perniagaan mereka berjalan tanpa modal buat jangka masa yang panjang.

Tambahnya, walaupun dengan bantuan dan bimbingan yang disediakan oleh pihak kerajaan yang dilihat sebagai peranan penting dalam memacu amalan ESG di wilayah ini, kumpulan PKS masih mengalami kesukaran kerana beberapa cabaran.

Dr Florianna Lendai Michael Mulok ketika ditemubual TVS di UNIMAS, Kota Samarahan pada Rabu. Foto:TVS

Selain dari kekurangan sumber seperti dana untuk bimbingan dan tenaga kerja dalam membuat pelaporan, mereka juga mengalami cabaran dari segi perbezaan unit.

“Jadi disebabkan tiada perbezaan sektor di Sarawak, mereka menghadapi cabaran unit dalam amalan industri dan walaupun datang dari sektor yang sama, kita mungkin menghadapi isu yang sama seperti kerja audit dan anda tentunya memerlukan bakat baharu lagi.

“Berbalik kepada topik pakar, mislanya siapa yang akan bantu mereka, berapa ramai orang yang betul-betul pakar dalam ESG, ramai yang mengatakan mereka adalah pakar namun dari pengetahuan saya, anda memerlukan pasukan ESG,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tugasan itu tidak boleh dilakukan seorang diri, justeru seseorang itu memerlukan insan yang arif dalam sekitar, cakna dengan hal pelepasan rumah hijau, hal ehwal sosial, komuniti, pekerja, sains sosial, kerajaan dan undang-undang yang harus wujud dalam bentuk pasukan.

“Apabila kita berbicara mengenai seluruh pasukan, mereka tentunya memerlukan sumber dan ia akan menjadi cabaran bagi mereka,” katanya lagi.

Mengulas mengenai jangka masa panjang landskap ESG di Sarawak di masa hadapan, Dr Florianna berkata sudah pasti akan berlaku penambahan dalam polisi dan peraturan dalam menggalakan lebih banyak syarikat untuk mengamalkan prinsip ESG.

Katanya juga, akan wujud strategi perniagaan seperti tekanan dari pihak pemegang saham, sekali gus dana dan geran yang akan diperuntukkan oleh pihak kerajaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan