Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pejabat baharu PNK Gerigat berwajah moden.- Foto Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong.

Persatuan Nelayan Kawasan Gerigat dapat pejabat baharu lebih selesa, moden

KABONG, 7 Ogos: Pejabat baharu Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Gerigat di sini yang baharu siap diyakini akan memberikan keselesaan kepada ahli.

Bangunan yang bernilai RM400,000 itu dibina oleh Kerajaan Sarawak turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk ruang pejabat dan bilik mesyuarat.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir, hari ini.

ADUN Kabong, Mohd Chee Kadir menyempurnakan Majlis Perasmian Pejabat Baharu PNK Gerigat pada Rabu sambil disaksikan yang lain. Foto Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong

Ujar Mohd Chee, kewujudan bangunan itu membuktikan keprihatinan kerajaan dalam menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat.

“Saya amat gembira kerana projek ini yang dilaksanakan bermula 29 Ogos 2023 siap sepenuhnya pada 5 Julai 2024.

“Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama,” katanya.

Mohd Chee berkata, pembinaan kemudahan itu juga bertujuan memastikan pengurusan aktiviti nelayan di Gerigat yang dikenali sebagai kawasan pengeluaran hasil perikanan lebih tersusun.

Sehubungan itu, beliau berharap kemudahan yang disediakan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membantu meningkatkan produktiviti nelayan.

“Lokasi ini sangat sesuai dan mudah dikunjungi. Saya juga ingin menzahirkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana menyediakan peruntukan sekali gus merealisasikan hasrat seluruh kaum nelayan di kawasan ini,” katanya.

Sebagai rekod kawasan Gerigat mempunyai 236 orang nelayan berdaftar.

Selain itu kerajaan juga merancang untuk membina baharu Jeti Nelayan Kampung Gerigat yang bernilai RM5.5 juta di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA). -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan