Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media Mingguan Kabinet, di sini hari ini. Foto Bernama

Penjawat awam dijangka nikmati peningkatan gaji sehingga 42.7 peratus – Fahmi

ByBernama

PUTRAJAYA, 7 Ogos: Penjawat awam dijangka menerima peningkatan pendapatan atau gaji sekitar 15 hingga 42.7 peratus menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Dalam sidang media di sini hari ini, beliau berkata gambaran secara umum berkenaan peningkatan yang tinggi khususnya membabitkan kumpulan pelaksana itu akan dapat dilihat pada minggu depan.

“Insya-Allah, bermula minggu depan. Kita akan dapat gambaran secara umum peningkatan pendapatan atau gaji penjawat awam dijangka sekitar 15 hingga 42.7 peratus.

“Peningkatan ini bagi kumpulan pelaksana dijangka paling tinggi manakala bagi kumpulan ketua setiausaha (KSU) atau Ketua Pengarah Penerangan (misalnya) lebih sederhana,” katanya.

Fahmi berkata perincian, terutama dari aspek jumlah yang perlu diperuntukkan bagi kenaikan gaji penjawat awam akan dapat diteliti dalam dokumen Belanjawan 2025 nanti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan