Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pemandu lori maut akibat tersepit apabila lori simen dipandunya terbalik selepas merempuh tembok pagar sebuah rumah di Jalan Batai Barat, Bukit Damansara di sini, petang tadi. Foto hiasan Envato

Pemandu lori simen maut rempuh tembok pagar rumah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Seorang pemandu lori maut akibat tersepit apabila lori simen dipandunya terbalik selepas merempuh tembok pagar sebuah rumah di Jalan Batai Barat, Bukit Damansara di sini, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas Rosdi Yussof berkata mangsa berusia 67 tahun dikenali sebagai Samsul Ispur dari Rawang, Selangor itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dikeluarkan oleh anggota bomba dengan bantuan polis, petugas Kementerian Kesihatan dan kren daripada pihak pengurusan lori tersebut.

“Panggilan kecemasan diterima pada 3.25 petang dan sebuah jentera dengan enam anggota dihantar ke lokasi kejadian.

“Tindakan selanjutnya diserahkan kepada pihak polis,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan