Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis memberkas seorang lelaki berusia 18 tahun selepas didakwa merogol seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah rumah di Simpang Pulai di sini, 31 Julai lalu. Foto hiasan Envato

Pelajar perempuan 16 tahun dirogol rakan lelaki 18 tahun

ByTVS

IPOH, 7 Ogos: Polis memberkas seorang lelaki berusia 18 tahun selepas didakwa merogol seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah rumah di Simpang Pulai di sini, pada 31 Julai lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada pukul 10.26 malam sebelum memberkas suspek kira-kira pukul 11.30 malam hari yang sama.

Jelas beliau, mangsa menerima rawatan dan menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

“Selain itu, semakan rekod jenayah suspek yang merupakan rakan yang dikenali mangsa mendapati dia turut memiliki satu rekod lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Azizi, suspek telah direman selama lima hari bermula 1 Ogos lalu dan dibenarkan disambung reman selama empat hari sehingga 9 Ogos depan bagi siasatan lanjut.

“Pihak siasatan sedang melengkapkan siasatan kes sebelum merujuk kepada pendakwa raya negeri untuk cadangan pertuduhan ke atas suspek,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan