Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Semoga persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua tentera darat semakin erat, dengan terus berpegang kepada komitmen dan semangat yang tinggi, agar bersama-sama kita dapat menjaga kestabilan dan keamanan di rantau Asia Tenggara. Foto: Tentera Darat Malaysia (TDM)

Panglima Tentera Darat kukuhkan hubungan dua hala sempena lawatan ke Indonesia

ByBernama

JAKARTA, 7 Ogos: Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mengadakan kunjungan hormat sempena lawatan kerja ke atas Ketua Staf Angkatan Darat Indonesia Jeneral Maruli Simanjuntak di Markas Besar Angkatan Darat di sini pada Selasa.

Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI AD) dalam satu kenyataan memaklumkan pertemuan itu menekankan topik perbincangan mengenai latihan bersama, meningkatkan profesionalisme dalam melaksanakan tugas dan keselamatan di kawasan sempadan kedua-dua negara.

“Semoga persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua tentera darat semakin erat, dengan terus berpegang kepada komitmen dan semangat yang tinggi, agar bersama-sama kita dapat menjaga kestabilan dan keamanan di rantau Asia Tenggara,” kata Maruli.

Muhammad Hafizuddeain turut berkongsi pandangan yang sama dengan menekankan hubungan kukuh antara kedua-dua pihak akan memberi kesan baik kepada hubungan Malaysia dan Indonesia.

Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi hantaran di media sosial memaklumkan hubungan dua hala antara TDM dan TNI AD terjalin sejak 1958 dan terus diperkukuh melalui pelbagai inisiatif kerjasama antara kedua-dua negara.

Sesi kunjungan hormat itu melibatkan upacara Kawalan Kehormatan Utama, perbincangan dengan pegawai-pegawai tertinggi TNI AD, sesi menandatangani buku lawatan dan diakhiri dengan pertukaran cenderahati.

Muhammad Hafizuddeain dan delegasinya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta di Tangerang, Banten pada Isnin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan