Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang menunjukan poster Pameran Pendidikan YB Dato Lo 2024 . Foto: TVS

Pameran Pendidikan YB Dato Lo 2024 diadakan Sabtu ini

KUCHING, 7 Ogos: Pameran Pendidikan YB Dato Lo 2024 yang diadakan pada Sabtu, 10 Ogos ini bertujuan untuk membantu para pelajar di Bandaraya ini melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang berkata, sebanyak 22 institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian sepenuh masa serta separuh masa bakal menyertai karnival berkenaan di Boulevard Mall Kuching di sini.

“Pasukan kita akan membantu golongan ini untuk mengisi pemohonan serta mendapatkan bantuan kewangan berkaitan.

“Ini sekali gus menggalakkan mereka untuk menggapai matlamat pendidikan kerana kita percaya setiap individu tanpa mengira latar belakang berhak mendapat masa depan yang cerah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran Pameran Pendidikan YB Dato Lo 2024 di sini pada Rabu.

Pameran berkenaan juga bakal disertai tiga institusi kewangan yang membantu menyediakan pembiayaan pebelajaran antaranya Yayasan Sarawak, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan