Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelumba berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (tengah) terlepas peluang ke suku akhir acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024, apabila menamatkan saingan di tempat ketiga pusingan repechage hari ini. Foto Majlis Sukan Negara Malaysia (FB)

Nurul Izzah Izzati terkandas acara keirin

ByBernama

PARIS, 7 Ogos: Pelumba berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terlepas peluang ke suku akhir acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024, apabila menamatkan saingan di tempat ketiga pusingan repechage hari ini.

Dalam perlumbaan berlangsung di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome, pelumba berusia 20 tahun yang memulakan kayuhan di barisan  hadapan bagaimanapun dipintas pelumba Kanada Kelsey Mitchell dan Great Britain Katy Merchant, masing-masing menamatkan saingan di tempat pertama dan kedua.

Hanya dua pelumba layak ke suku akhir.

Terdahulu, pelumba kelahiran Kedah itu menamatkan saingan pusingan pertama di tempat keempat dalam saringan 5.

Pemenang pingat emas acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 New Delhi, India itu berpeluang untuk merebut pingat apabila turun dalam acara pecut wanita pada Jumaat ini.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan