Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatannya dari Thailand, Maris Sangiampongsa, mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama yang ke-15 untuk Kerjasama Dua Hala dan Mesyuarat ke-6 Strategi Pembangunan Bersama untuk Kawasan Sempadan antara Malaysia dan Thailand di Kuala Lumpur pada Selasa. Foto Datuk Seri Mohamad Hasan (FB)

Menteri luar Malaysia-Thailand pengerusi mesyuarat kerjasama, pembangunan sempadan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatannya dari Thailand, Maris Sangiampongsa, mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama yang ke-15 untuk Kerjasama Dua Hala dan Mesyuarat ke-6 Strategi Pembangunan Bersama untuk Kawasan Sempadan antara Malaysia dan Thailand di Kuala Lumpur pada Selasa.

Kementerian Luar Negeri Malaysia, dalam laman Facebook rasminya, berkata kedua-dua menteri membincangkan kemajuan kerjasama dua hala, termasuk hal ehwal politik dan keselamatan, hubungan ekonomi, pelancongan, sosial dan budaya serta kesalinghubungan di kawasan sempadan.

Kedua-dua pihak juga menyentuh isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Kedua-dua menteri juga berbincang dan menyusul hasil-hasil perbincangan di antara kedua-dua pemimpin, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin semasa mesyuarat di Rantau Panjang dan Sungai Golok pada 3 Ogos, menurut hantaran itu.

Lawatan ini mencerminkan hubungan rapat antara kedua-dua negara dan mengulangi komitmen mereka untuk meningkatkan kerjasama yang memberi faedah bersama kedua-dua negara berjiran. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan