Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn merakam kenangan bersama wakil penerima geran hari ini

MEITD peruntuk RM1.578 juta perkasa program pendidikan setakat Ogos 2024

ByRegina Lee

KUCHING, 7 Ogos: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak memperuntukan geran berjumlah RM1.578 juta bagi memperkasakan program dan aktiviti pendidikan setakat Ogos 2024.

Menterinya, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, jumlah itu bersamaan dengan 45.11 peratus daripada keseluruhan peruntukan geran tahunan MEITD iaitu berjumlah RM3.5 juta yang disalurkan pada tahun ini.

Menurutnya, geran itu diguna pakai dalam lima kategori utama iaitu sekolah rendah; sekolah menengah; pusat pengajian tinggi; institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET); Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) serta Sumber Bahasa Inggeris untuk pelajar, sekolah, dan guru-guru.

“Pecahan pemberian geran setakat ini ialah RM600,000 (Program STEM dan Bahasa Inggeris), RM100,800 (TVET), RM72,000 (pusat pengajian tinggi), RM67,800 (Program Sekolah Menengah) dan RM56,980 (Sekolah Rendah).

“Baki RM1.92 juta akan diberikan dalam tempoh empat bulan akan datang untuk menyokong pelbagai projek pendidikan, memastikan pengagihan dan impak yang saksama merentas semua kategori,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Simbolik Penyerahan Surat Kelulusan Geran di Auditorium Menara LCDA, Kuching hari ini.

Roland memaklumkan, pengagihan geran menunjukkan pendekatan yang seimbang, sekali gus memenuhi keperluan merentas peringkat dan jenis pendidikan yang berbeza.

Sehubungan itu beliau berkata, penerima geran tersebut perlu memanfaatkannya sebaik mungkin dan mereka diwajibkan untuk menghantar laporan setelah acara selesai bagi didokumentasikan kejayaan masing-masing dan bidang untuk penambahbaikan.

“Sila jemput wakil dari MEITD ke acara anda supaya hubungan yang lebih kukuh dengan kementerian boleh dipupuk,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan