Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Penerangan Sarawak Helmy Hamid bergambar bersama di Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 Peringkat Sarawak di Dewan Terbuka Masyarakat Kampung Peros Bau pada Selasa. Foto TVS

Konvoi KMJG semarakkan jiwa merdeka, semangat patriotik masyarakat

BAU, 6 Ogos: Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) diyakini menyemarakkan semangat patriotik ke dalam diri sekali gus membentuk jiwa merdeka dalam kalangan masyarakat.

Pengarah Penerangan Sarawak merangkap Ketua Konvoi KMJG, Helmy Hamid berkata, jiwa merdeka haruslah dijadikan sebagai satu pengertian penting untuk kekal merdeka bukan setakat fizikal tetapi juga untuk di dalam jiwa masyarakat.

Katanya perkara ini penting agar masyarakat tidak terkongkong oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan lain selain ia turut akan menjadikan jiwa seseorang lebih bersih dalam melaksanakan tugas dan tidak melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

“Jiwa merdeka harus dijadikan satu pengertian yang penting kerana kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah kekal merdeka bukan setakat fizikal sahaja tetapi juga untuk jiwa kita.

“Ini supaya kita tidak terkongkong oleh mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan lain dan kita juga akan mempunyai jiwa yang bersih dalam melaksanakan tugas dan tidak melanggar undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 Peringkat Sarawak di Dewan Terbuka Masyarakat Kampung Peros Bau pada Selasa.

Tambahnya lagi, KMJG 2024 diharap mencapai sasarannya sepanjang konvoi tersebut ke-22 kawasan dari selatan hingga utara negeri Sarawak sepanjang bulan kemerdekaan ini.

Dengan ini, katanya Jabatan Penerangan Negeri Sarawak komited untuk menjayakan program ini dan menyantuni seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama di tempat yang dikunjungi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan