Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Uggah bersama Pengarah JKR ( Dr Cassidy ) dan rombongan JKR meninjau perkembangan terkini projek pembangunan infrastruktur di bahagian Mukah. Foto Alex Teo (TVS)

Jambatan siap 2026, rakyat boleh pandu ke Balingian tanpa guna feri – Douglas Uggah

ByPriscilla

MUKAH, 7 Ogos: Tiga projek kesejahteraan rakyat membabitkan pembinaan infrastruktur perhubungan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak di sini dijangka siap sepenuhnya pada 2026.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, projek berkenaan membabitkan kerja menaik taraf, penambahbaikan dan pemulihan turapan jalan raya Balingian ke Kuala Balingian yang telah siap 81.91  peratus.

Jelas beliau, projek Jambatan Muara Lassa pula dijangka siap pada Disember tahun ini.

“Bagi Jambatan Batang Igan, kita akan bincang dengan kontraktor (dan) minta (mereka) siapkan menjelang penghujung 2025.

“Jambatan Batang Paloh (pula dijangka siap pada) 2025. Maknanya selepas itu anda boleh memandu dari Tanjung Manis ke Balingian tanpa menggunakan feri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai progam turun padang Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Sarawak dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak ke Mukah hari ini.

Mengulas lanjut, Douglas Uggah berkata kesemua projek berkenaan merupakan usaha kerajaan yang ditadbir oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Ini adalah usaha Premier Sarawak untuk menaik taraf infrastruktur rakyat di luar bandar,” katanya.

Kemajuan fizikal kerja menaik taraf, penambahbaikan dan pemulihan turapan jalan raya Balingian – Kuala Balingian dari KM2 sehingga KM13, bahagian Mukah telah siap 81.91 %. Foto Alex Teo (TVS)

Sementara itu Douglas Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak berkata, di Sarawak terdapat 16 projek pembinaan jambatan yang membabitkan kos bernilai RM4.90 bilion sedang diusahakan bagi kepentingan rakyat khususnya di luar bandar.

“Apabila jambatan-jambatan ini siap kelak, rakyat dapat memandu dari Kuching ke Limbang tanpa menggunakan pengangkutan air seperti feri,” katanya.

Pada sesi turun padang hari ini, delegasi Douglas Uggah turut melawat projek menaik taraf Jalan Kuala Balingian ke Kuala yang telah mencapai kemajuan fizikal 86.83 peratus. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan