Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama tetamu kehormat lain menyempurnakan perasmian Persidangan Antarabangsa Berhubung Pelancongan dan Hospitaliti Bertanggungjawab 2024 (ICRTH) di sebuah hotel di sini, hari ini.

ICRTH promosi amalan pelancongan, pelihara budaya Sarawak

KUCHING, 7 Ogos: Persidangan Antarabangsa Berhubung Pelancongan dan Hospitaliti Bertanggungjawab 2024 (ICRTH) menjadi platform mempromosikan amalan pelancongan Sarawak yang mengutamakan amalan mesra alam, penglibatan masyarakat, dan pemeliharaan budaya.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah optimis persidangan yang bermula hari ini hingga 11 Ogos di Bandaraya ini bakal memacu industri pelancongan wilayah ini.

Menurutnya, menerusi tema ‘Pelancongan dan Keamanan: Mempromosikan Masyarakat Aman dan Inklusif untuk Pembangunan Mampan,’ persidangan itu bertujuan memanfaatkan kuasa transformatif pelancongan untuk keamanan dan pembangunan mampan.

“Kemajuan melalui pelancongan adalah lebih relevan berbanding sebelum ini. Pelancongan di wilayah ini dapat memainkan peranan penting untuk memupuk keamanan dan persefahaman antara negara dan budaya kita.

“Pelancongan bukan sahaja bertindak sebagai sumber ekonomi tetapi juga sebagai platform untuk interaksi yang dapat mengukuhkan asas keamanan seperti keadilan sosial, hak asasi manusia, kesaksamaan ekonomi, dan pembangunan mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Berhubung Pelancongan dan Hospitaliti Bertanggungjawab 2024 (ICRTH) di sebuah hotel di sini, hari ini.

Ujarnya, kemajuan pelancongan juga memerlukan penerokaan dan penyatupaduan yang menyeluruh dalam transformasi masyarakat yang lebih luas di Sarawak.

Beliau menegaskan, komitmen Sarawak terhadap pelancongan dapat dicerminkan melalui Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 yang menyatakan bahawa menjelang 2030, Sarawak akan menjadi destinasi utama untuk ekopelancongan dan acara perniagaan yang terkemuka di rantau Asia Tenggara.

“Strategi ini merangkumi inisiatif dalam enam sektor ekonomi utama, dengan pelancongan memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan keterangkuman sosial, dan memastikan kelestarian alam sekitar,” ujarnya.

Tambahnya lagi, usaha dan dedikasi Sarawak terhadap pelancongan yang bertanggungjawab dapat dilihat melalui pengiktirafan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang menggariskan kekayaan budaya dan warisan semula jadi di rantau ini.

“Produk pelancongan ini bukan sahaja akan menarik lebih ramai pengunjung ke Sarawak yang baik untuk ekonomi kita.

“Malah ia akan mempercepatkan usaha kita untuk memulihara alam sekitar kita, memelihara warisan budaya kita dan membina masyarakat yang inklusif,” katanya lagi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, dan Ketua Institut Pelancongan Negara, Kementerian Pelancongan, Kemboja, Poch Voleark-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan