Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan Palestin Hamas telah melantik Yahya Sinwar sebagai ketua politik baharu mereka. Foto AFP

Hamas namakan Yahya Sinwar sebagai ketua politik baharu

ByBernama

BANDARAYA GAZA, 7 Ogos: Kumpulan Palestin Hamas telah melantik Yahya Sinwar sebagai ketua politik baharu mereka.

Sinwar menggantikan Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran selepas menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu Iran pada 31 Julai.

Hamas mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan di saluran Telegramnya, lapor Agensi Anadolu (AA) pada Selasa.

Hamas dan Iran telah menuduh Israel membunuh Haniyeh, namun Tel Aviv tidak mengesahkan mahupun menafikan penglibatannya.

Seorang pegawai kanan Hamas Sami Abu Zuhri berkata: “Pemilihan Sinwar sebagai pemimpin Hamas menghantar mesej yang signifikan kepada musuh (Israel) dan sekutunya.” – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan