Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia semalam selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di sini kelmarin. Foto hiasan Envato

Budak perempuan dua tahun mati selepas terjatuh di rumah pengasuh

ByTVS

IPOH, 7 Ogos: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di sini kelmarin.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa kira-kira pukul 7.20 malam yang memaklumkan dia mendapati anaknya telah terjatuh di atas lantai rumah tersebut.

Katanya, mangsa kemudiannya segera dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk pemeriksaan lanjut.

“Bagaimanapun, kira-kira pukul 11.10 malam semalam, pegawai perubatan pediatrik memaklumkan kepada polis bahawa mangsa telah meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan kira-kira pukul 10.45 pagi hari ini mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan kepala akibat trauma tumpul,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan akan mengambil keterangan daripada saksi-saksi yang terlibat.

“Polis turut menahan pengasuh wanita berusia 30 tahun di rumahnya hari ini bagi siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana penganiayaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan