Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Brazil mengejutkan juara Piala Dunia Sepanyol dengan kemenangan 4-2 pada Selasa untuk memastikan tempat dalam perlawanan akhir bola sepak wanita di Sukan Olimpik Paris. Foto AFP

Brazil mara ke final bola sepak wanita Olimpik

ByBernama

PARIS, 7 Ogos: Brazil mengejutkan juara Piala Dunia Sepanyol dengan kemenangan 4-2 pada Selasa untuk memastikan tempat dalam perlawanan akhir bola sepak wanita di Sukan Olimpik Paris, lapor Agensi Berita Xinhua.

Gabi Portilho muncul wira Brazil apabila menjaringkan satu gol dan melakukan satu bantuan gol. Brazil akan berdepan Amerika Syarikat (AS) pada perlawanan akhir.

Walaupun Sepanyol menjaringkan dua gol lewat permainan menerusi Salma Paralluelo, penguasaan Brazil jelas sukar ditandingi.

Gol sendiri oleh penjaga gol Sepanyol Cata Coll memberikan Brazil pendahuluan awal, diikuti gol Portilho pada masa kecederaan separuh masa pertama selain jaringan menerusi tandukan Adriana pada minit ke-72.

Kerolin menambah gol keempat Brazil pada masa kecederaan sebelum Paralluelo menjaringkan gol kedua untuk Sepanyol menjadikan kedudukan 4-2.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, gol masa tambahan Sophia Smith sudah cukup membantu AS mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Jerman. Ini menandakan final Olimpik pertama untuk AS sejak London 2012.

Brazil sebelum ini mara ke final pada 2004 dan 2008 tetapi tewas kepada AS pada kedua-dua perlawanan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan