Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandaraya Miri Adam Yii Siew hadir pada sidang media di Dewan Majlis Bandaraya Miri di sini hari ini. Foto, TVS.

Bandaraya Miri, Guangning, China tandatangan MoU kerjasama 27 Ogos ini

MIRI, 7 Ogos: Satu perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Bandaraya Miri dengan delegasi Guangning, China bakal dimeterai pada 27 Ogos depan.

Datuk Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang berkata, MoU itu ditandatangani sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dengan China.

Menurut beliau, kerjasama yang akan terjalin itu juga sangat bermakna dan menunjukkan hubungan mesra membabitkan Bandaraya Miri dengan Guangning berasaskan rasa hormat dan faedah bersama.

“(Kerjasama yang terjalin juga akan membabitkan aspek) pendidikan, kebudayaan, pelancongan dan perdagangan,” katanya pada sidang media di Dewan Bandaraya Miri di sini hari ini.

Hubungan Miri dan Guangning dimulakan oleh Persatuan Guangning Miri sejak 29 Oktober 2012

Majlis menandatangani MoU berkenaan juga dijangka akan disaksikan oleh Konsul Jeneral China di Kuching, Xing Weiping.

Adam Yii turut menggalakkan penduduk Guangning memohon skim Program Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H) bagi menarik pelaburan dan bakat datang ke Miri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan