Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli gusti Greco-Roman dari Cuba Mijain Lopez telah mengukir namanya dalam sejarah Olimpik dengan menjadi atlet pertama memenangi acara individu yang sama pada lima temasya sukan itu berturut-turut. Foto AFP

Ahli gusti cuba lakar sejarah Olimpik, raih emas kelima berturut-turut

ByBernama

PARIS, 7 Ogos: Ahli gusti Greco-Roman dari Cuba Mijain Lopez telah mengukir namanya dalam sejarah Olimpik dengan menjadi atlet pertama memenangi acara individu yang sama pada lima temasya sukan itu berturut-turut, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

Lopez, 41, meraih pingat emas dalam kategori 130 kilogram (kg) dengan menewaskan Yasmani Acosta Fernandez dari Chile dengan kutipan mata 6-0.

Juara dunia lima kali itu menyertai Sukan Olimpik keenamnya, setelah membuat kemunculan pertama temasya itu dengan menduduki tempat kelima di Athens pada 2004.

Lopez memenangi emas pertamanya dalam kelas 120 kg di Olimpik Beijing 2008, mengulangi kejayaannya di London 2012 dan meneruskan dominasinya apabila kelas berat dinaikkan kepada 130 kg, memenangi emas di Rio 2016, Tokyo 2020 dan kini di Paris 2024.

Dengan pencapaian itu, Lopez mengatasi beberapa atlet yang memenangi empat pingat emas dalam satu acara, termasuk atlet lempar cakera Amerika Syarikat Al Oerter, atlet lompat jauh Carl Lewis dan perenang Michael Phelps (200m kuak kupu-kupu) serta Katie Ledecky yang menyertai kumpulan elit dengan emas keempat dalam acara 800m gaya bebas pada Sabtu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan