Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 150 pelajar dari SMK Sri Aman, SMK Lingga, SMK St. Luke, SMK Melugu, and SMK Simanggang telah menyertai program PETRONAS Powering Knowledge – Discover PETRONAS @ Schools (DPS) dianjurkan di Sri Aman. Foto: PETRONAS

150 pelajar di Sri Aman ikuti interaktif STEM bersama PETRONAS

ByAmirah Shawel

SRI AMAN, 7 Ogos: Seramai 150 pelajar dari lima buah sekolah menegah di sini mengikuti program PETRONAS Powering Knowledge – Discover PETRONAS @ Schools (DPS).

Menurut kenyataan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), program berkenaan antara inisiatif pihaknya mempromosikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar sekolah di Sarawak.

PETRONAS turut optimis program berkenaan bertujuan untuk melahirkan individu dan masyarakat yang berilmu dan bermutu tinggi.

“Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif PETRONAS bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan dianjurkan bersempena Ulang Tahun ke-50 PETRONAS.

“Pelajar-pelajar dari SMK Sri Aman, SMK Lingga, SMK St Luke, SMK Melugu dan SMK Simanggang telah menyertai pelbagai aktiviti interaktif yang dianjurkan,” catat kenyataan berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat II Sarawak (Bakat Pembangunan), Datuk Francis Harden Hollis, Pengurus Besar Kanan PETRONAS Carigali Sdn Bhd Sarawak Asset (SKA), Noriani @Yati Mohamad, dan Pengurus Besar Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PETRONAS, Abdullah Monshie.

Terdahulu, PETRONAS merasmikan sambutan Ulang Tahun ke-50 di sini, dengan penyalaan obor peringatan, sebahagian daripada jelajah “Perjalanan Obor Berkembar” di seluruh negara.

Obor itu diserahkan Pengurus Besar Kanan (SGM) PETRONAS Pengurusan Petroleum Malaysia, Anuar Ismail kepada Pengurus Besar Kanan, Penyampaian Projek dan Teknologi PETRONAS, Abang Jimmy Abang Mordian, untuk dibawa ke Kuching pada Jumaat ini, 9 Ogos.

Inisiatif itu melambangkan legasi dan komitmen berterusan dalam membina bakat untuk kemajuan industri dan negara. -TVS

Tags: petronas, STEM

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan